TIPS MENJAGA AKSESORI EMAS SADUR
1. Lap aksesori setiap kali selepas memakainya dengan menggunakan kain lembut seperti kain kotton atau tisu untuk membuang minyak semulajadi atau peluh dari kulit anda yang boleh melekat ke atas aksesori.(Elak menggunakan kain polister atau kain bernulu kasar yang boleh menyebabkan aksesori anda tercalar.

2. Aksesori ini boleh dicuci
dengan mencelup ke dalam campuran air sabun yang rendah pH bersama air
suam.(Rendamkan beberapa minit dan keringkan sepenuhnya sebelum ia disimpan)
3. Jangan sesekali menggunakan
klorin atau bahan peluntur ke atas aksesori anda,dan tanggalkan ia sekiranya
anda ingin membuat kerja mencuci menggunakan produk yang mengandungi klorin.
4. Elakkan juga terkena losyen
dan minyak wangi yang beralkohol atau sebarang bahan kimia.
5. Simpan aksesori di dalam kotak
atau dibalut dengan kain lembut seperti kain kotton atau tisu.(Elakkan terdedah
kepada cahaya secara terus dan haba yang tinggi
6. Tanggalkan aksesori anda
apabila berkebun,membuat kerja pembaikian,mengangkat berat,bersukan dan
berenang.
7. Menggunakan alat pencuci khas
untuk barang kemas atau aksesori bagi menjamin ketahanan dan kualitinya
terjamin.