EMAS SADUR 24K

EMAS SADUR 24K


EMAS SADUR 24K adalah barangan kemas yang yang disadur dan mempunyai lapisan emas bergantung kepada ketebalan sadurannya. Emas sadur tidak mempunyai nilai tetapi ianya amat bernilai sebagai aksesori wanita pada masa kini dan menjadi pilihan kerana harga emas tulen yang agak mahal di pasaran. 

Namun begitu kami menyediakan kepada anda pelbagai koleksi design serupa dengan emas tulen yang ada dipasaran dengan harga yang amat murah dan mampu milik oleh semua wanita. 


EMAS SADUR 24K kami adalah dari korean. Ianya lebih tahan berbanding emas sadur dari negara-negara lain yang kualiti saduranya diragui. Boleh bertahan lebih dari 2 hingga 3 tahun bergantung kepada penjagaan dan boleh disadur semula dimana-mana kedai emas yang berdekatan dengan anda.Ramai yang sudah memilikinya berpuas hati dengan produk kami.

TIPS MENJAGA AKSESORI EMAS SADUR

TIPS MENJAGA AKSESORI EMAS SADUR


1. Lap aksesori setiap kali selepas memakainya dengan menggunakan kain lembut seperti kain kotton atau tisu untuk membuang minyak semulajadi atau peluh dari kulit anda yang boleh melekat ke atas aksesori.(Elak menggunakan kain polister atau kain bernulu kasar yang boleh menyebabkan aksesori anda tercalar.

2. Aksesori ini boleh dicuci dengan mencelup ke dalam campuran air sabun yang rendah pH bersama air suam.(Rendamkan beberapa minit dan keringkan sepenuhnya sebelum ia disimpan)

3. Jangan sesekali menggunakan klorin atau bahan peluntur ke atas aksesori anda,dan tanggalkan ia sekiranya anda ingin membuat kerja mencuci menggunakan produk yang mengandungi klorin.

4. Elakkan juga terkena losyen dan minyak wangi yang beralkohol atau sebarang bahan kimia.

5. Simpan aksesori di dalam kotak atau dibalut dengan kain lembut seperti kain kotton atau tisu.(Elakkan terdedah kepada cahaya secara terus dan haba yang tinggi

6. Tanggalkan aksesori anda apabila berkebun,membuat kerja pembaikian,mengangkat berat,bersukan dan berenang.


7. Menggunakan alat pencuci khas untuk barang kemas atau aksesori bagi menjamin ketahanan dan kualitinya terjamin.